Cart 0

Isu Perfume Ada Alkohol Dalam Solat



Adakah perfume beralkohol sah di bawa solat?

Jika Alkohol sah adakah perfume anda benar-benar sah untuk dibawa solat? Jom kita kupas sedikit demi sedikit..
.
.

Secara mudahnya untuk difahami umum, alat kosmetik dan minyak wangi yang mengandungi Alkohol adalah tidak Najis dan harus digunakan oleh umat Islam dengan syarat alkohol tersebut bukannya terhasil daripada selepas pembuatan arak.
.

Hujah di atas berdasarkan sumber Fatwa kebangsaan seperti yang tertulis di bawah ini.

Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
.
.
Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
.
.

Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
.
.
Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
.
.
Persoalan pertama terjawab. Maka soalan seterusnya ialah adakah perfume anda benar-benar sah di bawa solat?
.

Bahan Asas dalam pembuatan perfume adalah Pati perfume + alkohol. 
.

Untuk pengetahuan umum, pati perfume di Malaysia banyak diambil dari pembekal dari luar negara yang tidak dapat dikenalpasti kesahihan halal dan haramnya.
.
.
Untuk mengelakkan was-was dalam diri dan untuk memastikan wangian yang kita pakai adalah benar-benar suci, admin berharap agar umat islam dapat menyemak dahulu kotak perfume dan memastikan adanya logo Halal Jakim sebelum membuat keputusan untuk membeli sebarang jenama perfume terutama sekali jika perfume tersebut ingin digunakan untuk bawa solat atau beribadah. 
.
.
Sesuai dengan pesanan Rasulullah yang menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)

Salam Ikhlas dari kami,

Revera Perfume Halal Malaysia
Pefume Halal Jakim Malaysia


alkohol-patiperfume-sah-solat.pngperfume-halal-jakim-revera.pngwas-was-halaljakim.png